Rabu, 6 Mac 2013

My life sebagai orang yang dah kerja!

Assalamualaikum.
Moga semua sihat hendaknya. Syukur masih bernafas di bumi Allah s.w.t. Syukur punyai ibu bapa masih hidup. Syukur dengan segala nikmat yang telah Dia kurniakan.

Senyum memanjang. Berangan nak nikah dengan lelaki yang betul-betul serasi dengan kita. Hehe. Semenjak bekerjaya, semenjak duduk rumah sewa sendiri, semenjak berjauhan dengan famili, macam-macam dalam fikiran ni.

Banyak belajar dari teman-teman serumah. How to manage ur money/salary? How to choose better product (ori/fake)? How to choose ikan, ayam, sotong segarr? Woahhh! Serius, tak tahu nak pilih. Sebab pergi pasar tolong mak angkat barang jepp :P

Tapi skang dah pandai sikit-sikit. Hehe. Masak pun pakai campak je. Tup tup dah siap, sedapp rupenye aku masak (angkat bakul sendiri). Boleh dah nikah.
Bayar bil air, bil elektrik & bil indah water pun tak pernah. Inilah 1st time pergi bayar dengan kawan-kawan serumah. Sebelum nih teman mak je pergi bayar bil, skang bayar sendiri.

Sekarang semua sendiri sendiri. Takde dah duduk bawah ketiak mak  abah. So, ini adalah pengalaman paling bermakna. Simpan elok-elok dalam memori. Kalau dah kahwin nanti, takde dah memori macam ni. Heehee.

*mak abah selalu pesan; jangan memilih........................ Grrrrrr!*
I'm not chooooooosy, but carefullllyyy >.<

Terima kasih kepada yang sudi baca. Wink wink.

Sabtu, 2 Februari 2013

My Bestfriend's Wedding

Assalamualaikum.

Selamat hari ahad. Alhamdulillah masih nernafas dan menghirup udara yang segar. Harap semua pembaca/followers sihat belaka ^_^.

Masa berlalu begitu pantas sekali. Tup tup, kawan baik yang sorang ni dah mendirikan masjid. Alhamdulillah. Barakallahufik to my besties Puan Nurul Khalisah Binti Haji Ayob dan Encik Hazrul Hisham. Seronok sangat semalam dapat pergi even sekejap.

Mulanya nak pergi masa mereka nikah, tapi tak kesampaian sebab kereta ada masalah. Masa tu rasa down gilerrr. Hanya Allah je tahu. Bayangkanlah permintaan bestfriend sendiri minta jadi pengapit tak kesampaian. :'(  Sedih yang teramat. Kawan-kawan lain pun rasa sangat kecewa & rasa moody sampai rasa tak nak pergi.  Okeh, then aku pon rasa taknak pergi. Balik rumah terus.

Balik rumah fikir-fikir, asyik cakap kat mak "Nak pergi! Nak pergi jugak!" lebih kot 50x aku cakap camtuh. Pujuk abang aku pergi sekali memang tak berjaya la. Kecewa, kecewa & sangat kecewa! Macam putus cinta. Last minute decision, akhirnya aku pergi jua! Alhamdulillah, thanks to kak Dieb dan dot dot dot. Allah beri pertolongan melalui mereka. 

Sampai-sampai terus peluk pengantin baru! Haru dibuatnya. Memang rasa nak nangis masa tuh. Tahan je. Bawah ni gambarnya. Cantik kan. Semoga menjadi isteri dan ibu yang baik dan solehah. Sayang Kelly sampai bila-bila. 


Sabtu, 26 Januari 2013

Yang tak kusangka!

Assalamualaikum.
Harap yang membaca entri nih sihat belaka. In shaa Allah. ^_^
Masa berlalu begitu pantas sekali. Pejam celik pejam celik dah 3bulan sudah bekerja. Rasa macam tak percaya je. Imbau kembali zaman tadika, sekolah & kolej. Semuanya indah aturannya. Pahit manis bersama kawan-kawan. Seronok sangat! 

Bila dah lepas SPM, semua bawa haluan masing-masing. Sekarang ada plak yang mahu mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan. 

Yang tak kusangka!
2 bulan lebih fikir, nak ke tak nak, nak ke tak nak. Akhirnya nak juga. Kereta. Syukur alhamdulillah, kini aku dah miliki sebuah kereta. Terima kasih mak abah yang banyak tolong. Alkisahnya, ingat nak beli yang 2ndhand je. Tapi, abah cakap takut banyak problem, duit jugak yang banyak keluar. *berdasarkan pengalaman lettew". HEHE. 

Ceritenye macam nih, mulanya nak beli myvi. Then, balik rumah je tengok-tengok dah ada myvi putih depan rumah. Ouh! Itu mak punye.Abang pon pakai myvi, mak pakai myvi, aku pun nak pakai myvi? Ummm... Sama je sume. Hehe. Dah nama pun anak beranak, mestila taste pun sama. 

Sebelum ni ada survey jugak kereta. Almera, mirage & latio sport. Tapi agak mahal la nak byar bulan-bulan. Memang tak mampu. Bukan tak mampu bayar bulan-bulan, tapi tak mampu nak buat simpanan. Nafsu semata-mata! Aiyarkkk! 

Akhirnya!
Mak abah cadangkan Suzuki Swift! Agak terkejut juga laa sebabnya dalam fikiran harga mahu cecah 100k. Bila mak cakap je harga dia lebih kurang 62k, terkejut besaq laa plak kan. Harga almost the same with myvi extreme kan. So, go on jela. Before that, my mom asked sanggup tak bayar bulan-bulan harga dot dot dot. Mula laa start kira bajet bagai, sebab anggar bayar bulan-bulan RM500 je. Cakap tak mampu la mak! Bincang punya bincang, mak cakap aku amik myvi die, mak aku amik swift tu. Okeh. Selesai.

Not done yet!
Mak abah fikir punya fikir, suruh amik swift jugak. Ummm. Okeyla. Ikut je apa mak abah suruh. Hehe. So, I already have a car. But not my dream car. Its ok! Asalkan ada kereta boleh jalan.

Happy reading!

Alhamdulillah. Maybe kalau ada rezeki, 2-3tahun akan datang ataupun ekonomi dah stable, cadangnya mahu beli rumah. In shaa Allah. ^_^


Bila nak berubah?

"Ko ni munafik"
"munafik tu ape ye",
"Hey, takkan laa ko tak tau munafik tu ape. Cube cermin diri ko tuh. Depan orang baik, tunjuk bagus. Belakang.... hampehh",

        "Ya Allah. Astaghfirullahhalazim. Apa yang aku buat sampai ko cakap aku sampai macam tu skali? Salah ke kalau aku buat baik dengan orang? Salah ke aku post kata-kata hikmah, doa dekat FB? Sekurang-kurangnya ada jugak aku sampaikan sedikit ilmu untuk bekalan akhirat. Niat aku cuma satu, aku menyeru diri aku sendiri untuk berubah menjadi lebih baik. Itu sahaja. Bak kata orang, kenapa nak dihiraukan dengan kata orang jika berbuat baik, Allah yang menilai kita. Dia Yang Maha Mengetahui segala."

". . .ahh.. lantaklaa. Ko memang hipokrit"...

Assalamualaikum.
Harap sesiapa yang membaca entri nih sihat belaka hendaknya. Moga kita diberi kesihatan dan kecerdasan yang baik untuk bekerja dan melakukan ibadah seharian.
Dialog diatas tiada kena mengena dengan sesiapa. Sengaja aku mereka sebegitu kerana aku ingin berubah dan menjadi panduan aku sendiri.

Aku ingin berubah ke arah kebaikan. Aku bukanlah seorang yang baik. Aku hanya manusia biasa, yang punya banyak salah silap dan tak pernah lari melakukan dosa. Kadang aku berasa iri hari dengan penampilan muslimah2 di luar sana. Bertudung labuh, berjubah litup. Ya Allah... Ayu sangat2. Bila aku nak berubah sebegitu?

Punya banyaknya dugaan di luar. Pengaruh media dan rakan-rakan, buat aku buta. Buta ilmu agama. Beli baju yang tiada ciri keislaman. Bak kata abah, kita orang Islam, buat cara hidup orang Islam. Oh, abah! Sangat rindu padamu. Ku tanamkan niat dihati untuk menukar segala pakaianku ke arah yang lebih muslimah.Tidak mahu terlalu drastik,takut akhir nanti aku akan kecundang dan tidak istiqomah. 

"Ya Allah, permudahkanla niatku... "



Khamis, 24 Januari 2013

Ujian yang melanda

Assalamualaikum
Lama tak menaip entri baru. Tak menyempat nak berceloteh. Penat sangat kerja. Hali2 kelija. Almost 3months I worked. So many things to learn, so many things I dont know. Sampai jadi stress hari ni. Hanya Allah je yang tahu. T_____T

Sedih hari ni. Tak dapat nak manage dengan sebaiknya kat wad. Nasib baik ada seorang akak ni tolong. Rasa nak nangis je dalam wad tadi. Tapi, boleh tahan. Minggu ni paling mencabar, tak penah2 incharge patient ortho, tetiba kena incharge. Patient berduyun2 admitted. Penat & stress teramat. Ya Allah Ya Allah Ya Allah. Allah sahaja yang Maha Mengetahui perasaan masa tuh.

Rasa macam nak resign je. Nak jadi suri rumah sepenuh masa. Belajar buat kek, kuih2. Bestnya.
Berangan je lebih. Nak kahwin tapi tak bersedia & tak dop calon yang BETUL2 sehati sejiwa. :P
In syaa Allah, doa jelaa yang terbaik. Kalau boleh nak persis seperti abah. Hehe.

Next week I will work at new ward, new environment and new collegues. Harap2 semuanya berjalan lancar. Harap2 tenang semuanya. Hanya berharap pada Allah.

Sabtu, 15 Disember 2012

Terima Kasih sudah memadai

Assalamualaikum

Lama sangat tak menaip entri baru. Hallamak. Orang dah kerja! Hari hari kelija. Busy kerja, balik kerja mandi, solat & makan. Pastu buka FB, off9 FB tidur. Itulah rutin harian.

Well, dah dapat gaji dah pun. Alhamdulillah. Moga gaji ku ini diberkati. Buat simpanan lebih kurang 1k setiap bulan, beri mak abah half K. Mak abah tanak terima pun. beri jugak! Nak jugak beri. Tak kira. Hehe.

Sepanjang bekerja, banyak sangat dugaan. Kadang2 rasa nak berhenti pun ada. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimna perasaan masa ditimpa dugaan. Tapi, bila berfikir balik, ada hikmahnya. Newbie memang selalu di uji. Takkanlaa masuk terus semua dah boleh buat. Betul tak?

Alhamdulillah, syukur. Allah beri kekuatan hingga kini untuk terus bekerja dan tak putus asa. Walaupun patients/relitives banyak yang merungut/komplen, terima seadanya. Yang mampu saya buat, saya akan buat.

Satu petang sedang bekerja, seorang anak pesakit datang...
       "Adik, terima kasih ye dik. Bagus kerja nurse nih. Mulia taw..."

Masa tuh nak sukat hourly urine pesakit tuh. Rasa sebak sangat. hanya mampu tersenyum. Kalaula semua orang macam tuh, misi buat kerja pun rasa gembira, Personally, saya rasa lega dengan kerja saya dihargai.  Tak minta apa pun balasan, just ucap TERIMA KASIH sudah memadai.

"Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan, ketabahn dan keikhlasan semasa bekerja. Berkatila segala nikmat yang Kau berikan. Sembuhkanla mereka yang sedang sakit agar mereka dapat menjalani kehidapan seperti biasa. Aaminn Ya Allah"


Selasa, 9 Oktober 2012

Sabar!

Assalamualaikum!

Lama sudah tak meanip untuk entri baru! Busy laaaaa!
Nak kerja dah. Rasa macam tak percaya je dah nak kerja.
Berdebar-debar, was-was, takut, happy, gemuruh...semua bercampur baur macam nasi kerabu!


Jangan mengeluh!
Ummm. Rasa tak sedap hati kan bila ada benda tak dapat diselesaikan secepat mungkin,
"Ya Allah, permudahkanlaa urusan aku dan rakan2 yg akan memasuki alam pekerjaan."
Medical check up tak lengkap. Untuk result urine for drug kene tunggu 3minggu. Lama tuh. Saya kene lapor diri 22hb ni. Kene call JKN nak tanya camne kalau tak sempat nak siapkan medical check up sebelum lapor diri. Napelaa surat lambat sangat post?

Masih bergantung kepada PaMa?
Tak. Cuma minta teman & minta tolong ajar camne nak uruskan diri sendiri. Well, saya boleh dikategorikan seorang yang kurang yakin. So, kena minta tolong dari orang yang berpengalaman.  Nanti mula kerja pun duit poket PaMa bagi lagi kan. Saya tak bekerja sepnjang duduk rumah. Jadi takde pendapatan nak tampung masa kerja nanti. Dah kerja, dah dapat gaji, takde dah nak bergantung. Giliran saya plak beri mereka gaji saya. :)

Doakan yg terbaik.
Apapun, saya sentiasa berdoa agar semua berjalan dengan lancar. Goodluck to my friends. Happy working guys! Kalau nak kahwin, jangan lupa jemput. :)