Ahad, 30 September 2012

Learn More!

Assalamualaikum.

Happy weekend day! Tomorrow gonna be busy day! Yeah!
"Wah, omputihnye kau". Well, I don't care what people gonna say about me,about my "broken english" .

Day by day, I realise that my English was so bad. So, I decided to improve my English with reading newspaper everyday & sing a long with lyrics. If I don't know the meaning of those words, go through the dictionary or by Google (that's the fastest way).

English in daily life...
Wonderful! Sometime I talk to the mirror. I talk in English and I act like an English pro. HAHA. There's no one to judge me about my pronunciation, verbs etc. I'm just happy. Last time when I was a high school student, I used to translate Malay stories to English stories. But now I'm so lazy, lazy & lazy. Please wake up Huda! "you must learn learn & learn" No matter what the people critics about you, think positive & be optimistic.

Alright!
Staff-nurse-to-be! Why don't you make a difference Huda? Use English in conversation with medical staff especially the physicians. WOAHH! That so Woah! I can't imagine that. Because I'm so not confident with my self. But, I'll take it as a challenge.

"No matter how many mistakes or how slow you progress, you are still way ahead of everyone who isn't tryin" by unknown. ~erghh.I love quotes~

Jumaat, 28 September 2012

Rezeki Allah yang beri.

Assalamualaikum...

Lama sudeh tak menaip new entri. Well, saya tadi dengar pasal bajet 2013. Macam-macam respon. Macam-macam pendapat. 

Pendapat saya...
Rakyat Malaysia memang patut dapat semua tu dari dulu. Kinda agree 'die' nak menarik belia dan masa mengundi. Hehe. Berpolitik plaks. Tak kisahla siapa pun yang memerintah. Yang saya harapkan, HARGA RUMAH, HARGA KERETA & HARGA MINYAK akan turun. Sebabnya ketia-tiga sangat penting bagi orang yang tak bape kaye/ sederhana macam saya ni. 

Bila dah kerja nanti, mesti nak beli rumah. Tengok skang ni pon harga rumah ratus ribu. Masya-Allah. Mahalnyee weh. Terfikir plak kan orang yang berpendapatan kurang/sederhana tidak mampu miliki sebuah rumah. Nak nak kalau sudah berkeluarga dan mempunyai anak. 

Rezeki Allah yang beri.
Saya kurang setuju dengan sesetengah pihak yang kita patut berterima kasih kepada gomen. Sebabnya rakyat Malaysia memang patut dapat semua tuh.Setiap perbuatan ada ganjaran, kalau kita bekerja mestila dapat gaji. Kan kan kan. 

Apapun, rezeki itu datangnya dari Allah. 
Syukur apa yang dapat. rezeki itu kita kongsikan dengan orang lain. Iaitu dengan membayar zakat.
Hidup nie tak perlu kejar kemewahan tapi cukup la sekadar bersederhana. Sebab dengan bersederhana banyak benda yang lalai dapat kita hindari. Bukan bermaksud saya nak ajak jangan berlumba2 mencapai kejayaan or stop berusaha untuk menjadi lebih baik. Berusaha menjadi lebih baik itu perlu tapi bersederhana la dalam setiap perlakuan yang kita buat... Tak perlu berlebih lebihan dalam mengejar nama dan pangkat mahupun harta... Yang paling penting kejarlah harta akhirat dan kedudukan kita disisi Allah. Rasullullah s.a.w.. idola dan nabi kita sendiri pun mengajak kita untuk sentiasa bersederhana. Peringatan untuk saya sendiri juge.

Sabda Baginda yang bermaksud:

"Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)
 
Mari besederhana. Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah berikan.
Ini hanya pendapat saya sahaja. Not agree with me, its ok! :)

Sabtu, 22 September 2012

Sakit itu Ujian dari Allah s.w.t

Rasa sengal-sengal badan. Nak exercise pon tak larat. Tekak rasa loya. Kepala berat sangat. Ya Allah. Sakitnya bukan kepalang. Tambah pilak tengah sakit gigi. Usai solat maghrib, terlantar terus atas katil. Kucingku plak mengiau nak makan. So sorry meow, akak memang tak larat masa tu. Nak tolong mak pun lemah sangat badan.

Tak ku kira berapa kali aku muntah. Dari lepas maghrib hingga tengah malam. Mak dah risau. Ubat plak memang tak boleh makan sebarangan. Takut lagi teruk sebab tekak dah memang tak boleh nak terima apa2 even air masak. Teruk kan? Teringat masa zaman kolej. Tapi masa zaman kolej maybe 'food poisonig'. Muntah pun tak terkira banyaknya. Sampai 'spasm' perut. Dah tak tahan sangat, terpaksa kejutkan roomate & penghuluwati. Nak pergi emergency!!!!! Muntah sampai mengerah keringat. Berpeluh. Terima kasih kak Noor Azimah Awaluddin & Kak Farah. Hanya Allah je dapat balas budi akak berdua.

Malam tadi memag tak sentuh pun makanan. Bau apetah lagi.Mesti rasa nak muntah. Tengok muka kat cermin, Ya Allah. Pucat yang amat. Berat pun maybe turun 0.5kg. Hehe. Estimate jer. Bangun tidur pagi tadi memang rase berat sangat kepala. Tapi Alhamdulillah syukur sangat.Perut dah ok. Lepas solat subuh tadi minum susu kambing nak alas perut.

Sakit ujian dari-Nya...

Saya terbaca satu artikel terdapat hikmah semasa sakit.


1. Sakit adalah ruang untuk manusia berehat. Ketika sakit, memang kita tidak dapat berbuat apa-apa. Terlantar sahaja. Namun hikmahnya, organ-organ yang membantu kita berkerja selama ini cuba untuk mendapatkan rehat yang cukup.

2. Sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang mengalami sakit parah, dia akan menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan.

3. Sakit merupakan teguran dari Allah s.w.t. Barangkali kita alpa dengan sesuatu dan asyik dengan sesuatu sehinggakan terabai dalam menjaga hubungan kita dengan Dia.

Ketika sihat, seolah-olah tidak beringat dengan kesakitan. Ketika kaya, seolah-olah lupa pada yang kurang upaya. Ketika terlalu seronok, tidak endah pada kesengsaraan orang lain. Ketika berkuasa, seolah-olah dialah yang paling gagah perkasa. Manusia mudah lupa!

Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara.

Kita diuji dengan apa yang kita cakapkan dan kita diuji dengan apa yang kita lakukan.

4. Sakit memberikan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Ruang ini selalu menjadikan manusia berfikir kembali dan bermuhasabah dengan tindak-tanduknya sendiri. Jarang sekali kita dapat bermuhasabah tatkala hati dilonjak gembira.

Jadi, inilah masa yang ideal agar dapat kita toleh kembali kesilapan dan seterusnya bertaubatlah pada yang Khaliq. Mohonlah sesungguhnya agar segala dosa kita diampun Tuhan. Dan merayulah pada-Nya agar kita dimudahkan segala urusan yang membelitkan, diberi kesenangan dan kesihatan tubuh badan.

Dalam hadis ada diterangkan,

“Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kekusutan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya.
(HR. Muttafaq Alaih).

5. Sakit juga memberikan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika si anak kurang sihat, ibu dan ayahnya yang menjaga dan memelihara kesihatan anaknya. Pun begitu, sekiranya ayah atau ibu kurang sihat, si anak akan kembali kepada orang tuanya dan memberikan keprihatinan yang optimum untuk membalas kembali jasa mereka.

Alangkah Besarnya dan Mulianya Allah s.w.t. yang menjadikan begitu banyak hikmah sakit daripada hanya satu sakit. Akan tetapi jarang sekali kita fikir-fikir dan renungkan.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu…

p/s: Jangan mengeluh apbila diberi apapun ujian... Allah takkan menguji hamba-Nya di luar kemampuan kita. Muhasabah diri. Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t, yang kurang itu dari kelemahan diri saya sendiri.

Enjoy reading!

Isnin, 17 September 2012

Pabila kaki melangkah keluar...

Assalamualaikum

Hari ni cuti umum. Korang buat ape je hari ni? Seronoklaa siapa yang pergi jalan2. Yang tak seronoknye saya keseorangan lagi. Abang, akak & adik dah balik ke Kay Ell u olls. HEHE. 

Bila baca paper atau tengok berita, "wajib" ada berita yang tak senang didengar. Rasa bila keluar tu macam dah tak selamat. Takut pun ada. Beberapa hari yg lepas baca tentang sebuah kereta kene langgar. Tempat sunyi. Mangsa keluar & tengok2, kene samun! Ya Allah. Si suami maut, isterinya cedera. Macam tu pun boleh. Orang zaman skang susah nak dijangka. Tempat sunyi kite kene slalu berhati-hati. Kalau kene langgar, terus lari buat report polis.  

Sebab mengapa terlalu banyak jenayah di Malaysia? 
Harga barang naik. Sebab kenaikan harga minyak. Gaji tak mencukupi untuk tampung keluarga. -.-"
Kalau gaji naik pun tak guna juge kalau harga barang naik.Tiada beza pon. Rumah plak makin lama makin maheyyy!!!! Gaji ciput camne nak beli rumah weh. orang kaya makin kaya, orang miskin makin miskin. 
So, orang yang macam saya "sederhana" perlu kerja keras apatah lagi yang kurang pendapatan kan. 

Hukum hudud?
Saya setuju sangat kalau hukum hudud nih dilaksanakan di Malaysia. Takdelaa nanti jenayah or kes rogol berlaku. Insya-Allah kalau kite lakukan mengikut cara yang betul. Am I right? Mari fahamkan tentang hukum hudud di sini KLIK

Bayi luar nikah bagaikan cendawan yg tumbuh selepas hujan? 
Ya Allah. Bayi tak berdosa dibuang seperti sampah. Ada juga yang sanggup bunuh anak sendiri. Sudahlaa berzina, tambah dosa membunuh lagi. Astaghfirullahhala'zim. Minta dijauhkan. Semoga mereka bertaubat. Perempuan jangan percaya sangat dengan janji manis lelaki. Sekali dah pregnant, dia akan tinggalkan kamu sendirian menanggung akibat. Jangan bagi lelaki sentuh anda okeh? Cari lelaki untuk dibuat suami, bukan teman lelaki bersuka ria. 

Doa, dan terus berdoa...
Sebelum keluar kene ada niat. Manala taw kalau ajal dah sampai. Kalau niat untuk melakukan kebaikan/ibadah, dapat pahala. Kalau menuju ke arah maksiat/dosa, sia-sia. Bila kita keluar rumah, pastikan keluar ikut kaki kiri dan diikuti dengan doa serta niat. 

image by Google

Sama-sama kita amalkan okeh! Semoga kita semua selamat ke destinasi dan selamat sampai ke rumah. ^^

Yang baik itu datangnya dari kuasa Allah s.w.t. Yang kurang itu, datang dari kelemahan saya sendiri. Hehe. Saya bukan nak jadi ustazah, sekadar perkongsian ilmu. Sharing is caring, caring is loving! wah gitu. Enjoy!





Ahad, 16 September 2012

Kahwin?

Assalamualaikum.

Hey u olls! Pe aktiviti anda hujung minggu nih? Today is Sunday, September 16, 2012. Hari Malaysia. Tapi ada lagi penting, iaitu my mom's birthday! So excited. I bake a cake last night. Choc moist cake. Boleh laa tahan sedap. Tak la sehebat pakar buat kek kan. At least I try my best. 

Kahwin?
Kawen, kawen, kawen. Wah! saya rasa, mesti semua teruja pasal kahwin ni kan. *skema betul ayat kau*. Saya pun teruja gak. Hehe. Tadi pegi kenduri kawen. Tu tetiba idea muncul nak menaip entri kali nih. Tahniah kepada kak Ain & hubby, moga kekal hingga ke syurga. Amiin. :)

Sembang-sembang dalam kete tadi, cerita laa pasal kawen orang tu, kawen orang ni. Tetibe terpacul keluar "Mak, pastikan Huda kawen umur 25tahun ea" Ya Allah. Muluttt!!!! HEHE. Mak cakap jodoh dan ajal Allah yang tentukan. Kita tataw bila masa kita akan tiba. So, jangan risau. Pasti ada. -..-"

Kene setempek!!!! Abah plak tambahnyaa " Skang ni jangan laa risau sangat pasal jodoh ni, yang penting kene prepare selepas kita meninggal nanti" *sentap habis* Terus diam. HEHE. Insya-Allah abah. Betul kan apa orang tua-tua kata skang. Dah ada duit, belum tentu dapat kahwin kalau jodoh tak sampai. Kalau adalaa sedikit duit, bukan sedikit... Ummm... Ala kadar, kalau jodoh dah sampai, kahwin juga. 

Alrite mak abah!
Doakan ea Huda Nasihah Binti Mohd Sharif ni dapat jodoh yang baik. Tak kira cepat atau lambat, itu urusan Allah. Kita hanya merancang, Dia menentukan.Siapa pon jodoh saya, saya terima. Janji dia boleh bimbing saya dan keturunannya ke jalan yang Allah redhai. 

Tapi bila fikir balik, saya nak keje dulu. Bagi nafkah, bagi rasa duit keje keras saya kat mak abah. Kumpul sikit-sikit duit nak beli rumah, baru fikir nak kawen.  :) Tingginyaa impian saya! 





Gambar Hiasan :)


Yang baik itu datangnya dari kuasa Allah Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui, yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Wallahualam ;)

Enjoy!


Jumaat, 14 September 2012

Lapar tengah malam!

Assalamualaikum...

Hei, hei,hei! Sakit perut nih. Serius. Kenapa kalau lambat tidur, mesti rasa lapar tengah malam? Kenapa?
HEHE. Saya baru je lepas makan mi segere.Sebab dah lapar sangat. Balun je ape yang ada kat dapur. Makan punya makan, dah tak sedap perut. Mi segera dah mengembang dalam perut. Terus rasa kenyang. Tadi ade gak ratah capati dengan rendang itik. Tak penah makan daging itik. 1st time taw!!!! 

Rasa daging itik ni sedikit kenyal berbanding daging ayam. Boleh laa telan. Capati dengn rendang itik ni pon ada orang hantar. Abah cakap kalau tau ni daging itik, takkan makannya. Sebab tak biasa!!!! Orang dalam rumah saya ni memang tak penah makan daging itik dan memang tak pernah masak. HEHE. Tapi tak salah mencuba. Boleh je pun telan. 

Berbalik semula pada tajuk. Huhu. Buat saya mengeluh. Sejak duduk rumah, memang selalu je tidur lewat & makan tengah malam. Badan, tak jugak naik beratnya. Apelaa nurse nih. Kenalaa jaga kesihatan diri dulu, baru boleh ceramah. >.< Tetttttt!!!! Kene sebijik kat batang hidung. Yup. Makan makanan pada waktu tengah malam tak bagus. Serius!!! Sebab makanan perlu dicerna at least 6-8hrs. Tapi ia bergantung kepada jenis makanan yang kita makan. Lomak dengan karbohidrat seriusli, sememangnya lambat hadam. Dan boleh menyebabkan kegemukan!! 

I have to stop my habit! Stop before too late. Mencegah lebih baik daripada merawat! Lagipon saya ni berpontensi untuk gemuk. Siap ade double chin lagi. Ada sesiapa tahu tak macam mane nak hilangkan double chin nih????? PM me please :( Not so confident. Uhuk. Jadi, mari kita jaga kesihatan kita. Segala penyakit selalunya bermula dari perut. Minumlah vitegen! HEHEK. 

Sihat untuk beribadah/kerja. Goodnite ^^,

Ciri-ciri calon isteri?

Assalamualaikum.

Up to date betul blog saya ni. Al-maklum la, penganggur! HeHe.
Post ni saya tujukan khas untuk semua yang membaca. :)
Bagi kaum Hawa, ada tak ciri-ciri seorang isteri yang kaumAdam impikan? Mesti ada. InsyaAllah ada. Tak banyak pon, mesti ada kan. Tak semua orang perfect. But, we must try to be more better person! :D

Kalau kita cuba menjadi orang yg lebih baik, insya-Allah kita akan dapat seseorang yang baik. Aminn ^^, 

Ciri-ciri perempuan untuk dijadikan isteri:


  • Solat 5 waktu, jangan lupa doa :)
  • Hormat ibu bapa, orang tua
  • Berpuasa dibulan Ramadhan
  • Menutup aurat dengan sebaiknya
  • Menjaga batas pergaulan
  • Tidak bersentuhan tangan dengan lelaki bukan mahram *haram*
  • Berkata dengan perkataan yang baik *Saya pun masih mencuba*
  • Sentiasa ada perasaan malu dengan lelaki bukan mahram.
  • Apabila sudah bersuami, akan taat & emncintai suaminya dengan sepenuh hati. Sweetnyaaaa!

Pasti bahagia si suami kalau dapat isteri seprti kat ats ni kan?
Kita doakan yang terbaik buat diri kita sendiri dan juge rakan2 kite! 

Kepada kawan-kawan yg akan bertunang dan mendirikan masjid, tahniah ok! ^^,


tengok, nak jadi isteri kene pandai masak!
saya taw masak pasta je.
maaplaa sape yg jadi suami saya ^^,

Post ni untuk diri saya juge! HeHeHe :)


Feeling so bad!

Assalamualaikum.

Moga awak -awak yg membaca ni sihat belaka hendaknya. Aminn. ^^
Pernah tak rasa serba salah yang amat sangat? Sangat sakit kan kalau orang tu taknak memaafkan kite. Jiwa pon tak tenang. Asyik pikir pasal perasaan serba salah terhadap seseorang.

Bukan sekali je pernah rasa macam ni. Tapi banyak kali. Pengalaman kan. So, macam mana boleh hindarkan or buangkan perasaan serba salah ni? Ada beberapa cara. Yang berkesan bagi saya lah atau untuk korang. 

  1. Minta maaf pada orang tu dan selesaikan masalah bersama.
  2. Tegur dengan cara biasa, maybe kalau orang tu boleh terima, tiada masalah.
  3. Fikirkan kalau masalah ni tak selesai sampai ke sudah? Tenang ke hati? Mesti tak. 
Kat atas ni, cara saya. Kalau ada cara lain yang boleh diterima, kongsikan k! Sharing is caring. Caring is loving. Wah, wah, wah!!! Macam bercinta je kan. Terpulang kepada individu masing-masing bagaimana nak tangani masalah ni. Tak baik taw putuskan hubungan/silaturahim. Kalau orang tu taknak memaafkan kita, takpe. At least kita dah minta maaf. 

Bercakap tentang maaf ni pada sesetengah individu, susah untuk terima maaf kan? Meminta maaf dan memaafkan amaln mulia. Tak rugi apa pun. Jangan simpan titik hitam dalam hati. Kalau dah menimbun, susah nak padam. Peringatan untuk saya jugee!

Yang baik itu datang dari Allah s.w.t, yang buruk tu datang dari kelemahan saya sendiri. Maafin saya yaa!!!

Enjoy reading!


Bila tak tahu nak buat apa?

Assalamualaikum.

Hoi.Hoi. Ho yaa hoi! Okeh, mukadimah tadi sedikit macam Indiana plak. Semenjak menceburkan diri ke dunia blog nih, macam-macam nak post. Sebab duduk rumah & tak tahu nak buat apa! Parapapa! 

Kemas rumah dah, vacuum habuk dah, kemas bilik pon dah, kain pon dah angkat, lipat kain???? *malas* HAHA. Sirius. Sangat malas nak lipat kain. Kalau ada almari besar takpelaa kan. Sangkut je semua. Tengok tv, bosan. -..-"

Nak tunjuk suasana masa saya jadi student nurse. Sangat rindu saat-saat sebagai student! 

we won 1st place okeh. nasyid gituh!

para penyokong nasyid :)

waahhh!!! askar ke nurse nihh.
masa nak photoshoot gambar perseorangan ^^

1st day nak p keje masa semester akhir.
rinduu!


masa photoshoot untuk majalah!
cari laa saya :)

shopping sakan!

masa lepas solat sunat tarawikh kat Masjid Seremban

miss you all :)

Semester Akhir!!! jump masa konvo :)


Harap you all suka dengan post nih!
Ahakss :D




Khamis, 13 September 2012

Awang Hitam vs Cicak Kus Kus

Assalamualaikum.

Malam ni malam Jumaat, dah masak ke ketupat? Ok tak pantun saya. HAHA. Berbalik kepada entri tuh, macam tajuk buku cerita plak kan. 

Alkisahnya petang tadi...
Awang hitam ni sedang berehat-rehat. Tengah rehat tuh, pandang sana, pandang sini. Apa entah dia tgk. Takkan Ha.Alif.Nun.Ta.Waw kan siang2? Jeng-jeng.

Dia memerhatikan seekor cicak Kus-kus, sebab cicak kan kurus. Ade cicak gemok ke? HAHA. Mula laa sesi keja mengejar. Mula-mula tengok, amende laa si Awang ni bawa kat mulut die tuh.

Dengan spontan+terkejut,  menjerit laa. Apa lagi kan. Cicak!!!!!! Saya memang fobia dengan cicak. Sirius okeh. Pernah terbasuh cicak dlm mesin basuh, cicak tu melekat kat seluar. Erkk! Geli. Yuckss. *Jangan percaya,rekaan semata-mata* 

Tapi memang geli sangat dengan spesis reptelia nih. Ok. "Enough dengan citer geli kau tuh!" Berbalik pada citer tadi. Kejar punye kejar sampai lunyai dah cicak tuh. Innalillah. Mati cicak tuh.

Dengan muka selamba je Awang Hitam tuh berjalan.Macam tade pe2 berlaku. Kesian cicak tuh. 
Begitulaa kisahnya...




Ringkasan jalan cerita!
:D


Mesti tertanya-tanya: Awang Hitam tu siapa? Dah ada pon jawapan kat atas. Kucing hitam. Nama sebenar: Caleb The Naughty Cat. 



Rabu, 12 September 2012

Sahabat Selamanya

Assalamualaikum.

Entry kali pasal sahabat.Sahabat...untuk selamanya! lagu upin ipin. HEHE. *mood kebudakan* Saya memang berumur 21,tetapi perangai still amcam budak.

Balik kepada tajuk entry kan. Apa itu sahabat? Sahabat...gembira, suka, duka, sedih, gaduh, terasa hati tapi tiada sampai menjadi benci. Kan kan kan? Ada yg benci ke? Minta dijauhkan. Kalau benci, tak suka... jgn berkawan.


Semasa kita susah selalu cari tempat untuk bercerita, kakau senang pun selalu bercerita dan kongsi bersama. Jadik, sayangi sahabat anda, hargai mereka. Semua orang tak sempurna. Ada buat salah dan silap. Tapi kalau kita boleh tangani dengan cara baik lagi bagus. Bermusuhan amalan syaitan. Tak baik. peringatan untuk diri sendiri.

Kalau nak tegur sesuatu yang kita rasa tak sedap bila memandang, tegur cara elok. Kalau saya buat silap, tolong perbetulkan. Sama-sama kita perbaiki diri kita. Kan kan kan? Jangan memalukan kawan kita depan orang. Dia pun ada gak maruah.

Okeh, saya sayang kawan-kawan saya!
dgn ekin :)

kelly yg sgt lama tak jumpe! akhirnya jumpa jgk masa raya lepas.
rindu ^^


nabil yg dah lame bebeno tak jumpee!!!




Kawan sekolah menengah!




Kawan2 kolej!!!! rindu sgt <3
nanti jumapa u olls masa konvo
kite bergambar sampai lobam!








Bila mak abah takde...Dan menanti seseorang yg ku rindu!


Assalamualaikum & Selamat Pagi!

Erk! Hari ni sedikit pelik bagi saya. Sebab 6hari yang lepas termasuk semalam saya puasa. Nak makan pun fikir 2-3kali. Hari kene bangun awal jugak sebab mak abah pergi dating!!!! Mula-mula memang nak ikut, lepas tuh malas nak mandi pagi2. Sejuk! Brrrrr....... >.< 

Jadinya, saya home alone laahhh! 
Rutin yg biasa kalau mak abah p dating...
  • Bagi kucing makan, kalau tak aku yg kene "makan" dgn kucing.
  • Tidurkan kucing pun rutin aku jugak. Rutin everyday!
  • Sidai kain.
  • Basuh pinggan mangkuk yg menimbun -..-"
  • Kemas rumah.
  • Yg paling "best" tukang angkut "pasir" kucing yg berketul2!!!! 
  • Masak kalau rajin laa.
  • Last, amik adik dari sekolah.

Best tak rutin saya???  tak menarik langsung! tak adventure! tak popular! atte, dah memang orang bukan popular. HAHA. 

Menanti orang yang saya rindu.
Jeng jeng jeng! Siapa? Boyfriend? Buah hati? All wrong! My sister. Saya rindu dia. Dua malam nangis lepas dia pergi masuk U. Tak pernah pernah menangis bila adik, kakak atau abang pergi merantau. First time. Adikku, Hanisah Nasuha. Sila terharu k! Esok adik saya akan balik. Kena plak kemas bilik. Bersepah-sepah. Serius malas betul nak kemas. Tapi taklaa teruk mana pun. Bersepah sebab penuh dengan barang jep. Have a save journey tomorrow!

ni laa adik saya!
wohooo : D





Menanti hari istimewa

Assalamualaikum...
Jam menunjukkan 0241. Mata tak nak tutup lagi. Lagi dipaksa, lagi stress dibuatnye. Aishh. Baru beberapa jam buat blog, dah nak update yg baru. HEHE. Annoying tak? I don't care. Menanti hari istimewa! 4 days more. Hari yg membahagiakan semua ahli keluarga. Especially my mom. She will turn to 47years old on this coming Sunday. 

Apa hadiah yg terbaik buat hari lahir mak?
Ummmmmmmm..... -___________-"
Tak keje lagi mak. So, takde duit nak belikan apa. Sebelum ni guna duit yg dapat tiap2 bulan masa study.
Skang dah habis study, so no more money. Tapi saya ada sesuatu untuk mak. Doa. Setiap hari mesti doakan untuk kesejahteraan mak abah. That's the best gift I can give to you mom. Lagi satu, cadangnya nak buatkan kek coklat lembab kukus! Teruja! Sebab 1st time nak buat. Harap-harap menjadi dan semua orang dalam rumah ni akan makan. Kalo tak sedap, terpaksa laa saya habiskan juga. Membazir plak kalau nak buang.

Gambar hiasan, yg sebenar tak buat pun lagi.
sedapnyeeee!!!


Ucapan untuk mak yg tersayang...
  • Semoga mak & abah sentiasa mendoakan kejayaan & kebahagian anak-anak
  • Semoga jodoh mak & abah hingga ke syurga. :)
  • Semoga sentiasa dimurahkan rezeki :)
  • Semoga mak abah dapat menunaikan ibadah haji/umrah suatu hari nanti. *nak ikut*
  • Mak memang mak yg tiada gantinya.
  • Terima Kasih tak terhingga atas segala kesusahan, pengorbanan mak selama nih.
  • Even Huda ni keras kepala, suka marajuk, mak tetap pujuk. 
Sayang mak abah forever ever & ever.

p/s: Sayangi keluarga anda lebih dari menyayangi kekasih anda, ok!
dengan my kesayangan :)
funny nye muka aku -..-"

Assalamualaikum...

Hai, saya orang baru kat dunia blogger nih. Baru nak mencuba. Dulu dah cuba, tapi tak menjadi sebab atas sebab2 tertentu. Most of sebab lazy nak update, then no idea nak tulis tentang ape. Yang kedua sebab takut dgn kritikan orang lain. Biasalaa... nama pun manusia kan. Hihihi. 

Serba serbi tentang saya...
Nama diberi Huda Nasihah Mohd Sharif. sedap tak nama saye? >.< 
Umur masih muda, masih mentah, masih duduk di bawah ketiak mak abah (buat masa ni la)
Student nurse dekat kolej dot dot dot. Dirahsiakan. Dah habis jadik student pon. Tak lama lagi akan menempuh alam pekerjaan. Doakan saya jadi nurse yg baik, ikhlas & yg penting sentiasa memberikan senyuman manis untuk para klien. Kami tak panggil pesakit, "client" OK! 
Skang duduk umah jelaa tunggu kerja. 

Time semester akhir, senioriti melanda!
with Noor Azimah <3
Hopefully dgn ade nya blog nih, boleh laa kongsi2 cerita kan dgn awak2 semua. Kalau nak tegur, tegur secara berhemah. Kalau nak hina/kritik, boleh. Takde masalah. Think positive! Apa2 pun, bagila saya semangat nak ber"blog". Nanti saya blanje cool blog! Ahakss. Yang baik tu datang dari Yang Esa, yg tak baik dari kelemahan diri saya sendiri. Assalamualaikum :)