Assalamualaikum
Lama sangat tak menaip entri baru.
Hallamak. Orang dah kerja! Hari hari kelija. Busy kerja, balik kerja
mandi, solat & makan. Pastu buka FB, off9 FB tidur. Itulah rutin
harian.
Well, dah dapat gaji dah pun. Alhamdulillah.
Moga gaji ku ini diberkati. Buat simpanan lebih kurang 1k setiap bulan,
beri mak abah half K. Mak abah tanak terima pun. beri jugak! Nak jugak
beri. Tak kira. Hehe.
Sepanjang bekerja, banyak sangat
dugaan. Kadang2 rasa nak berhenti pun ada. Hanya Allah sahaja yang tahu
bagaimna perasaan masa ditimpa dugaan. Tapi, bila berfikir balik, ada
hikmahnya. Newbie memang selalu di uji. Takkanlaa masuk terus semua dah
boleh buat. Betul tak?
Alhamdulillah, syukur. Allah
beri kekuatan hingga kini untuk terus bekerja dan tak putus asa.
Walaupun patients/relitives banyak yang merungut/komplen, terima
seadanya. Yang mampu saya buat, saya akan buat.
Satu petang sedang bekerja, seorang anak pesakit datang...
"Adik, terima kasih ye dik. Bagus kerja nurse nih. Mulia taw..."
Masa
tuh nak sukat hourly urine pesakit tuh. Rasa sebak sangat. hanya mampu
tersenyum. Kalaula semua orang macam tuh, misi buat kerja pun rasa
gembira, Personally, saya rasa lega dengan kerja saya dihargai. Tak
minta apa pun balasan, just ucap TERIMA KASIH sudah memadai.
"Ya
Allah, kau berikanlah aku kekuatan, ketabahn dan keikhlasan semasa
bekerja. Berkatila segala nikmat yang Kau berikan. Sembuhkanla mereka
yang sedang sakit agar mereka dapat menjalani kehidapan seperti biasa.
Aaminn Ya Allah"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan