Sabtu, 26 Januari 2013

Bila nak berubah?

"Ko ni munafik"
"munafik tu ape ye",
"Hey, takkan laa ko tak tau munafik tu ape. Cube cermin diri ko tuh. Depan orang baik, tunjuk bagus. Belakang.... hampehh",

        "Ya Allah. Astaghfirullahhalazim. Apa yang aku buat sampai ko cakap aku sampai macam tu skali? Salah ke kalau aku buat baik dengan orang? Salah ke aku post kata-kata hikmah, doa dekat FB? Sekurang-kurangnya ada jugak aku sampaikan sedikit ilmu untuk bekalan akhirat. Niat aku cuma satu, aku menyeru diri aku sendiri untuk berubah menjadi lebih baik. Itu sahaja. Bak kata orang, kenapa nak dihiraukan dengan kata orang jika berbuat baik, Allah yang menilai kita. Dia Yang Maha Mengetahui segala."

". . .ahh.. lantaklaa. Ko memang hipokrit"...

Assalamualaikum.
Harap sesiapa yang membaca entri nih sihat belaka hendaknya. Moga kita diberi kesihatan dan kecerdasan yang baik untuk bekerja dan melakukan ibadah seharian.
Dialog diatas tiada kena mengena dengan sesiapa. Sengaja aku mereka sebegitu kerana aku ingin berubah dan menjadi panduan aku sendiri.

Aku ingin berubah ke arah kebaikan. Aku bukanlah seorang yang baik. Aku hanya manusia biasa, yang punya banyak salah silap dan tak pernah lari melakukan dosa. Kadang aku berasa iri hari dengan penampilan muslimah2 di luar sana. Bertudung labuh, berjubah litup. Ya Allah... Ayu sangat2. Bila aku nak berubah sebegitu?

Punya banyaknya dugaan di luar. Pengaruh media dan rakan-rakan, buat aku buta. Buta ilmu agama. Beli baju yang tiada ciri keislaman. Bak kata abah, kita orang Islam, buat cara hidup orang Islam. Oh, abah! Sangat rindu padamu. Ku tanamkan niat dihati untuk menukar segala pakaianku ke arah yang lebih muslimah.Tidak mahu terlalu drastik,takut akhir nanti aku akan kecundang dan tidak istiqomah. 

"Ya Allah, permudahkanla niatku... "



Tiada ulasan:

Catat Ulasan