Jumaat, 28 September 2012

Rezeki Allah yang beri.

Assalamualaikum...

Lama sudeh tak menaip new entri. Well, saya tadi dengar pasal bajet 2013. Macam-macam respon. Macam-macam pendapat. 

Pendapat saya...
Rakyat Malaysia memang patut dapat semua tu dari dulu. Kinda agree 'die' nak menarik belia dan masa mengundi. Hehe. Berpolitik plaks. Tak kisahla siapa pun yang memerintah. Yang saya harapkan, HARGA RUMAH, HARGA KERETA & HARGA MINYAK akan turun. Sebabnya ketia-tiga sangat penting bagi orang yang tak bape kaye/ sederhana macam saya ni. 

Bila dah kerja nanti, mesti nak beli rumah. Tengok skang ni pon harga rumah ratus ribu. Masya-Allah. Mahalnyee weh. Terfikir plak kan orang yang berpendapatan kurang/sederhana tidak mampu miliki sebuah rumah. Nak nak kalau sudah berkeluarga dan mempunyai anak. 

Rezeki Allah yang beri.
Saya kurang setuju dengan sesetengah pihak yang kita patut berterima kasih kepada gomen. Sebabnya rakyat Malaysia memang patut dapat semua tuh.Setiap perbuatan ada ganjaran, kalau kita bekerja mestila dapat gaji. Kan kan kan. 

Apapun, rezeki itu datangnya dari Allah. 
Syukur apa yang dapat. rezeki itu kita kongsikan dengan orang lain. Iaitu dengan membayar zakat.
Hidup nie tak perlu kejar kemewahan tapi cukup la sekadar bersederhana. Sebab dengan bersederhana banyak benda yang lalai dapat kita hindari. Bukan bermaksud saya nak ajak jangan berlumba2 mencapai kejayaan or stop berusaha untuk menjadi lebih baik. Berusaha menjadi lebih baik itu perlu tapi bersederhana la dalam setiap perlakuan yang kita buat... Tak perlu berlebih lebihan dalam mengejar nama dan pangkat mahupun harta... Yang paling penting kejarlah harta akhirat dan kedudukan kita disisi Allah. Rasullullah s.a.w.. idola dan nabi kita sendiri pun mengajak kita untuk sentiasa bersederhana. Peringatan untuk saya sendiri juge.

Sabda Baginda yang bermaksud:

"Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)
 
Mari besederhana. Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah berikan.
Ini hanya pendapat saya sahaja. Not agree with me, its ok! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan